Wednesday 27 July 2016

Taman Negara Pahang


Taman Negara Malaysia terletak di antara sempadan tiga  buah negeri iaitu, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

        Gunung Tahan terletak di Taman Negara Pahang. Gunung Tahan merupakan puncak tertinggi di Semananjung Malaysia. Pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapah untuk ekspedisi pendakian itu. Daya tarikan lain yang boleh ditemui di Kuala Tahan termasuklah laluan kanopi, Gua Telinga dan Lata Berkah.

        Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, merentas hutan dan melihat pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan. Pelancong boleh juga memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkah dan Sungai Kenyam. Kira-kira 300 spesies ikan seperti ikan kelisa, ikan kelas dan lain-lain lagi yang terdapat di sungai-sungai di Taman Negara itu.

        Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air. Aktiviti paling popular di Taman Negara ini ialah bersampan di sungai dan meneroka laluan trek hutan. Laluan kanopi yang terdapat di sini sungguh menarik untuk pelawat melihat pemandangan hutan. Pondok pemerhatian juga disediakan bagi keselesaan pelawat untuk memerhati hidupan liar di sini. Pondok kecil juga dibina tinggi dari atas tanah membolehkan pelawat bermalam bagi memerhati hidupan di dalam habitat semula jadinya.

Pelawat juga boleh meneroka gua sama ada menggunakan bot ataupun berjalan kaki. Taman Negara ini merupakan sebuah hutan hujan yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kekayaan dan kepelbagaian hidupan semula jadi di sini sangat menakjubkan.















No comments:

Post a Comment