Saturday, 17 September 2016

Taman Permainan

Taman permainan di Taman Sepakat bersih. Penduduk Taman ini sedar tentang kepentingan persekitaran yang bersih. Udara di situ segar dan pemandangannya cantik, kawasan taman yang bersih dapat memberikan keselesaan kepada pengunjung.  sekeliling taman permainan ini telah ditanami pepohon yang rendang dan menghijau.

 Di taman permainan ini terdapat pelbagai kemudahan seperti pondok rehat, bangku, tong sampah, pondok telefon awam, trek joging dan padang yang luas. Di taman ini juga terdapat alat permainan seperti jongkang-jongket, papan gelongsor, buaian, dan palang besi. Ramai kanak-kanak suka menghabiskan masa lapang mereka di sini.

Pada setiap petang, penduduk Taman Sepakat  akan mengambil angin di taman permainan ini. Kanak-kanak suka menunggang basikal dan kasut roda di taman permainan ini.  Kanak-kanak yang masih kecil pula suka bermain papan gelongsor dan jongkang-jongket. Seperti biasa, orang tua akan bersembang di bawah pokok yang rendang sambil memerhatikan kami.

Pada waktu senja, suasana di taman permainan begitu meriah dengan suara gelak ketawa kanak-kanak. Di taman permainan inilah tempat beriadah dan bersuka ria bagi penduduk Taman Sepakat. Dengan adanya taman permainan ini, mereka boleh mengisi masa  senggang mereka dengan melakukan aktiviti yang berfaedah di samping mengeratkan hubungan penduduk setempat.


Penduduk Taman Sepakat sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan taman permainan ini. Mereka akan  membuat gotong-royong setiap hujung minggu.



No comments:

Post a Comment