Saturday 17 September 2016

Taman Permainan

Taman permainan di Taman Sepakat bersih. Penduduk Taman ini sedar tentang kepentingan persekitaran yang bersih. Udara di situ segar dan pemandangannya cantik, kawasan taman yang bersih dapat memberikan keselesaan kepada pengunjung.  sekeliling taman permainan ini telah ditanami pepohon yang rendang dan menghijau.

 Di taman permainan ini terdapat pelbagai kemudahan seperti pondok rehat, bangku, tong sampah, pondok telefon awam, trek joging dan padang yang luas. Di taman ini juga terdapat alat permainan seperti jongkang-jongket, papan gelongsor, buaian, dan palang besi. Ramai kanak-kanak suka menghabiskan masa lapang mereka di sini.

Pada setiap petang, penduduk Taman Sepakat  akan mengambil angin di taman permainan ini. Kanak-kanak suka menunggang basikal dan kasut roda di taman permainan ini.  Kanak-kanak yang masih kecil pula suka bermain papan gelongsor dan jongkang-jongket. Seperti biasa, orang tua akan bersembang di bawah pokok yang rendang sambil memerhatikan kami.

Pada waktu senja, suasana di taman permainan begitu meriah dengan suara gelak ketawa kanak-kanak. Di taman permainan inilah tempat beriadah dan bersuka ria bagi penduduk Taman Sepakat. Dengan adanya taman permainan ini, mereka boleh mengisi masa  senggang mereka dengan melakukan aktiviti yang berfaedah di samping mengeratkan hubungan penduduk setempat.


Penduduk Taman Sepakat sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan taman permainan ini. Mereka akan  membuat gotong-royong setiap hujung minggu.



Monday 1 August 2016


                                               PROTON

               Perusahaan Otomonil National Sendirian Berhad  (PROTON) merupakan Syarikat Penegeluar kereta yang pertama di Malaysia.Ianya ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta Ringgit. Ianya ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri yang keempat.

                 Model kereta yang pertama pada ketika itu adalah Proton Saga yang diumumkan pada 27 Jun 1984 . Proton Saga mula dikeluarkan secara komersial pada 1 Julai 1985.

                Perasmian Kilang Pertama Proton adalah 9 Julai 1985 yang dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu.

                  Sepanjang Proton mula beroperasi sehingga tahun 2016, Syarikat Proton telah berjaya menghasilkan banyak model - model kereta seperti Wira, Pesona, Perdana, Waja, Iris, Bezzo, Juara, Savvy dan sebagainya. Selain untuk pasaran, Proton telah berjaya memasarkan produk pengeluarannya ke luar negara.



Wednesday 27 July 2016

Taman Negara Pahang


Taman Negara Malaysia terletak di antara sempadan tiga  buah negeri iaitu, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

        Gunung Tahan terletak di Taman Negara Pahang. Gunung Tahan merupakan puncak tertinggi di Semananjung Malaysia. Pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapah untuk ekspedisi pendakian itu. Daya tarikan lain yang boleh ditemui di Kuala Tahan termasuklah laluan kanopi, Gua Telinga dan Lata Berkah.

        Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, merentas hutan dan melihat pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan. Pelancong boleh juga memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkah dan Sungai Kenyam. Kira-kira 300 spesies ikan seperti ikan kelisa, ikan kelas dan lain-lain lagi yang terdapat di sungai-sungai di Taman Negara itu.

        Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air. Aktiviti paling popular di Taman Negara ini ialah bersampan di sungai dan meneroka laluan trek hutan. Laluan kanopi yang terdapat di sini sungguh menarik untuk pelawat melihat pemandangan hutan. Pondok pemerhatian juga disediakan bagi keselesaan pelawat untuk memerhati hidupan liar di sini. Pondok kecil juga dibina tinggi dari atas tanah membolehkan pelawat bermalam bagi memerhati hidupan di dalam habitat semula jadinya.

Pelawat juga boleh meneroka gua sama ada menggunakan bot ataupun berjalan kaki. Taman Negara ini merupakan sebuah hutan hujan yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kekayaan dan kepelbagaian hidupan semula jadi di sini sangat menakjubkan.















Friday 19 September 2014

Pendidikan Pemulihan


Apa itu PENDIDIKAN PEMULIHAN ?

Selamat Sejathera semua,
Apa khabar semua ? Harapnya semua sihat-sihat selalu dan diberkati oleh ALLAH sentiasa ;) 
Okey , hari ni , saya akan menceritakan serba sedikit "Apa itu Pendidikan Pemulihan?"



Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya juga disebut sebagai ‘Remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. dan
Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak ‘ menjadikan pulih ‘.
Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.



DEFINISI PENDIDIKAN PEMULIHAN
Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan.
Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah :

i) Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371
‘ satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.’

ii) Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191
‘ Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa’ .

iii) Pringle (1966)
‘ pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.

iv) Albertwhite (1977)
‘ pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi ’.

v) Tansley (1967)
‘ pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.

vi) Collins (1961)
‘ pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca,menulis dan mengira.

vii) Evans (1995)
‘ pengajaran pemulihan dianggap sebagai “ the ambulance of educational system “. Dengan sebab itu pengajaran pemulihan ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek –aspek kelemahan murid.

viii) Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502/5/PK/Jld. V (26) bertarikh 8 Januari 1986.
‘ pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini’.

x) Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984)
‘ dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan’.
Secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain.


TUJUAN PENGAJARAN PEMULIHAN


Berdasarkan Buku Panduan Program Pemulihan Kurikulum Baru Sekolah untuk Tahap Satu Kementerian Pendidikan Malaysia (1984), tujuan utama pengajaran pemulihan ialah untuk:
a) Membantu mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu.
b) Membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran.
c) Memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

Menurut Koh (1986), menegaskan pengajaran pemulihan diperlukan untuk mengatasi kesusahan pembelajaran bagi kanak-kanak yang mengalami kesusahan ini tanpa menghiraukan label-label ke atas murid tersebut seperti bodoh, lambat dan sebagainya.

Menurut Blair (1968), pengajaran pemulihan diperlukan untuk fungsi-fungsi berikut:

a) Untuk menyingkirkan tabiat dan sikap yang tidak selari dengan pembelajaran berkesan atau dengan kata lain memulihkan kesalahan atau kelemahan.
b) Untuk mengajar buat pertama kali tabiat, kemahiran dan sikap baik yang belum dipelajari, tetapi seharusnya sudah dipelajari.Tabiat, kemahiran dan sikap baik diperlukan oleh murid untuk meningkatkan kecekapan murid.

Maka, pengajaran pemulihan diperlukan untuk mengatasi dua jenis kelemahan iaitu mengikis tabiat tidak baik yang sedia ada dan kedua ialah untuk membentuk tabiat baik yang belum ada pada murid itu.
Dengan ini, pendidikan diperlukan untuk mengatasi dua jenis kelemahan ini.Bagi keperluan guru, untuk mengatasi kedua-dua jenis kelemahan ini, prinsip-prinsip pengajaran yang harus digunakan ialah yang berasaskan psikologi, di samping terdapatnya berbagai-bagaicara bekerja, teknik dan alat pelaksanaannya.

Tujuan-tujuan pendidikan pemulihan adalah:
a) Mengenal pasti pelajar yang memerlukan pemulihan.
b) Untuk mewujudkan alat-alat diagnostik supaya dapat mengesan kesulitan-kesulitan pembelajaran tertentu.
c) Mengeluarkan bahan-bahan kurikulum dan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai untuk memenuhi keperluan setiap kanak-kanak.
d) Mencegah sesuatu kurang upaya supaya tidak menjadi satu kecacatan.
e) Merapatkan hubungan antara guru biasa dan guru khas supaya layanan yang diberi oleh guru khas dapat diteguhkan oleh guru biasa.
f) Membentuk komunikasi yang berkesan dengan pakar-pakar dan agensi-agensi untuk perkembangan optimum setiap kanak-kanak.

Wednesday 3 September 2014


 BULAN BAHASA KEBANGSAAN



Latar Belakang
Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).
Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 
Tujuan Utama
  • Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
  • Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
  • Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
  • Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.


Keseluruhan konsep logo menggambarkan peranan rakyat pelbagai bangsa di dalam negara bagi membentuk perpaduan di dalam konsep satu Malaysia “BBK” menjadikan tunggak kecemerlangan negara berasaskan pembangunan yang berteraskan bahasa sebagai wadah.

HURUF “B”
Huruf “B” yang direka secara grafik dan dinamik sekilas pandang berbentuk “B” bererti “Bulan” dan “Bahasa Kebangsaan” di hujung pena menjadi tunjang pada huruf “B”. Ia sinonim dengan DBP sebagai sumber ilmu dan juga dataran untuk menyampaikan dan memacukan visi dan misi DBP yang merupakan matlamat bahasa dan sastera yang akan direalisasikan oleh “B”.

BENTUK DUNIA BERPUSING DAN BENDERA MALAYSIA
“Bendera Malaysia” secara grafik terdiri daripada pelbagai warna membentuk dunia berpusing tanpa had menggambarkan arah tuju untuk mencapai matlamat masa depan “B” yang cemerlang.

Dunia berpusing menjadi latar belakang logo melambangkan tema perpaduan serta menitikberatkan cinta bahasa dan negara. Ia juga menunjukkan semua kaum yang sentiasa dipupuk dan dipastikan perpaduan, keharmonian kaum terpelihara untuk menjamin masa depan yang lebih gemilang. Ia memberi penyatuan kepada tiga bangsa utama di Malaysia, hidup penuh muafakat, bekerjasama demi memajukan negara.

Lingkaran tiga jalur merah putih pada bendera Malaysia merupakan kegiatan-kegiatan “BBK” yang meliputi pelbagai bidang ilmu dan bahasa.
DAUN RESAM DBP
Daun resam DBP yang terdapat pada logo korporat menterjemahkan bahasa menjadi bumbung logo. Ia juga sumber dalam memperkembangkan bahasa dalam era globalisasi terpusat di atas logo ini sebagai nadi utama “BBK”.

PENA DARI HURUF “B”Pena yang terletak di penghujung huruf “B” menggambarkan matlamat yang dituju dalam “BBK”. Di samping itu ia juga mencerminkan kegiatan bahasa dan sastera.


WARNA
MERAH DAN PUTIH
Merah dan putih menggambarkan semangat rakyat Malaysia untuk mencapai kegemilangan dan juga menjadi simbol wawasan satu Malaysia yang suci dan ikhlas.
KUNING
Kuning mengekalkan sistem raja berpelembagaan dan menjunjung luhur kedaulatan Negara serta menjadi simbol kegiatan “BBK” ke arah kegemilangan.

BIRUBiru bermaksud kestabilan, bersatu hati dan hidup sejahtera untuk mencapai matlamat “BBK” bersama pelbagai kaum dalam negara.

HIJAUHijau melambangkan keterampilan dan kegiatan berwibawa dalam mengembangkan bahasa yang sentiasa subur ke persada dunia

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta..

Gambar Logo Hari Kemerdekaan 2014 Ke 57 Dan Tema
tema dan logo kemerdekaan 2014 terkini
Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih menekankan kepada semangat kecintaan terhadap negara apabila ‘Malaysia…. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57
Tema yang dipilih itu sangat signifikan bagi memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat
Difahamkan, tema berkenaan adalah dipetik daripada lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad

Gambar Logo Hari Kemerdekaan 2014 Ke 57 Dan Tema Keterangan

maksud logo merdeka 2014
Jadual Sambutan Hari Kemerdekaan 2014 Ke 57
Sambutan kemerdekaan akan bermula dengan program Doa Untuk Malaysia pada 15 Ogos di Masjid Putra, Putrajaya
Hari Kempen Kibar Jalur Gemilang dijadual dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15, 16 Ogos di Kuala Lumpur dan Putrajaya
Konsert Harmoni Dan Uniti pada 23 dan 24 Ogos di Dataran Merdeka turut diadakan konsert Chow Kit Road 2.0 bermula 29 Ogos
Kemuncak sambutan iaitu acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos
Bagi sambutan Hari Malaysia ke – 51 di Sarawak akan diadakan pada 16 September


mysumber.com : Gambar Logo Hari Kemerdekaan 2014 Ke 57 Dan Tema

Video Promo Sambutan Hari Kemerdekaan 2014 : http://www.youtube.com/watch?v=NwAxkjVmsFg#t=13