Taman Permainan
Taman permainan di Taman Sepakat bersih. Penduduk Taman ini
sedar tentang kepentingan persekitaran yang bersih. Udara di situ segar dan
pemandangannya cantik, kawasan taman yang bersih dapat memberikan keselesaan
kepada pengunjung. sekeliling taman
permainan ini telah ditanami pepohon yang rendang dan menghijau.
Di taman permainan ini
terdapat pelbagai kemudahan seperti pondok rehat, bangku, tong sampah, pondok
telefon awam, trek joging dan padang yang luas. Di taman ini juga terdapat alat
permainan seperti jongkang-jongket, papan gelongsor, buaian, dan palang
besi. Ramai kanak-kanak suka menghabiskan masa lapang mereka di sini.
Pada setiap petang, penduduk Taman Sepakat akan mengambil angin di taman permainan ini. Kanak-kanak
suka menunggang basikal dan kasut roda di taman permainan ini. Kanak-kanak yang masih kecil pula suka bermain
papan gelongsor dan jongkang-jongket. Seperti biasa, orang tua akan bersembang
di bawah pokok yang rendang sambil memerhatikan kami.
Pada waktu senja, suasana di taman permainan begitu meriah
dengan suara gelak ketawa kanak-kanak. Di taman permainan inilah tempat beriadah
dan bersuka ria bagi penduduk Taman Sepakat. Dengan adanya taman permainan
ini, mereka boleh mengisi masa senggang mereka
dengan melakukan aktiviti yang berfaedah di samping mengeratkan hubungan penduduk
setempat.
Penduduk Taman Sepakat sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan
taman permainan ini. Mereka akan membuat
gotong-royong setiap hujung minggu.